KAMEK ADALAH KAMEK SIK KIRA SINEY KAMEK BERDIRI...

welcome Pictures, Images and Photos


Lidah Pilihan
" Gagalkan Kegagalan sebelum Kegagalan Menggagalkan Kita..."

~ Member Sekolah aku dulu...


Saturday, October 3, 2009

Aku Kecik-Kecik Dahulu 1




Hakhakhakhakhakhak…
Terpecah gelak aku teringat akan satu peristiwa semasa aku dalam darjah 3 dahulu. Aku terkenal dengan sifat ’keras’ dan temanku sangat memahamiku. Main tembak-tembak, kejar-kejar, rounders, lumba basikal.... itu sudah menjadi darah daging aku. Ibu tidak pula melarang atau membantah kecenderungan aku itu. Mungkin sebab aku bermain bersama dua orang adik lelakiku. Jadi dia tak kisah sangat.

Tiba suatu hari yang aku paling tak boleh nak lupa... Cikgu Junainah berdiri di depan kelas lalu memukul rotan beberapa kali kat papan hitam. Bingkai cermin matanya yang besar itu telah menelan hidungnya. Dah la hidung cinonet. Heeee...

”sekolah akan mengadakan malam kebudayaan minggu depan. Jadi, saya nak kamu datang uji bakat tarian pukul 3 petang ini di kelas 3 Anggerik. Yang lelaki pergi ke bilik bacaan.”

Mendengar itu aku terus garu kepala. Tarian? Binatang apakah itu? Ceehhh... aku buat-buat tak tahu. Kawan-kawan aku dah mula bising macam langau. Aku terfikir-fikir apa aku nak buat. Tak kan aku nak menari??? Buang tebiat apa. Tak pernah kubuat seumur hidupku 9 tahun (eleh..macam lah lama sangat!). dah lah guru kelas ku garang. Mahu sahaja aku diugutnya hendak dilempar keluar kelas sekali lagi. Aku memikir-mikirkan alasan apa nak diberi.

Balik sekolah sepupu aku, Zulhaziman datang ke rumah. Dia sekelas denganku. Ketika itu aku sedang makan dengan ibu dan 2 orang adik lelakiku. Adik bongsu aku entah kat mana. Bawah meja mungkin. Dengan selamba si Zulhaziman bertanya, ”kau pergi ujibakat petang ni?”

Tersembur nasi dari mulut aku. Ibu melihat mukaku. Pandangan yang amat dalam fikirku. Kurang asam punya Azim.... kenapa mesti tanya di hadapan ibu!!

”ujibakat apa, zim?”
”tarian, makcik... semua budak perempuan dalam kelas wajib pergi. Kalau tak guru kelas marah.”
Aku menepuk dahi. Kemudian aku mencubit paha achik di sebelahku. Dia tetap mengunyah nasi tanpa memberi sebarang respon. Matilah... tak ada siapa nak tolong!

Seperti yang aku jangka, ibuku yang skema katak itu telah berazam memastikan aku datang ke ujibakat tarian itu. Nak menangis pun ada rasanya. Tapi aku tak berani nak membantah kata-kata ibu.

Petang itu aku merasakan ada sesuatu yang luar biasa tentang diriku. Dengan membimbit beg yang berisi bekalan (cucur udang kegemaranku dan sebotol air sirap) aku berjalan kaki seorang diri ke sekolah. Ibu memberiku payung. Itupun kali pertama kubuat. Berpayung ke sekolah ketika tidak hujan. Aku berusaha menyembunyikan wajahku disebalik payung. Aku kurang selesa dengan peluh yang sudah mula membasahi pehaku. Maklumlah... pakai baju gaun pendek paras lutut (haish tak leh blah tol!). kalau betis putih tak apa jugak. Ni... heeee...

Terkulat-kulat aku di dalam kelas. Nasib baik tiada yang berani mengejekku. Tahu... nak makan penumbuk silakan lah mengejek. Aku melihat anak guru besar, Siti Mas Ayu sedang menari tanpa muzik dengan seorang lagi kawan. Aku menelan air liur. Mampukah aku menggerakkan tangan selembut itu? Aku mencuba juga. Hasilnya aku rasa tangan aku liat semacam. Kalau berjalan bisa tersangkut pada pagar sekolah.

Ujibakat dimulakan. Kami disusun dalam barisan. Cikgu Morrie menari dihadapan kelas. Kami diarah mengikut rentak tarian itu. Aku mengikut dengan tenang. Langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah... tiba-tiba aku terlanggar Aisyah. Dia jatuh tergolek kat kaki Cikgu Morrie. ”takpe... takpe.. teruskan...”

Sedikit demi sedikit cikgu Junainah menarik murid-murid yang dirasakannya pandai menari. Aku tetap juga menari. Mataku hanya sempat menjeling kawan-kawan disebelahku duduk seorang demi seorang. Jauh disudut hati, aku juga berharap cikgu Junainah manarik aku.. (hampeh...menari macam kayu!). tiba-tiba aku rasa ruang di sekitarku luas semacam. Aku senyum. Tak lah langgar orang lagi. Tarianku semakin bertenaga. Hahahahaaa...

”sudah. Sudah. Boleh duduk. Yang saya pilih tadi datang ke depan tulis nama.” jerit Cikgu Junainah mengejutkan aku dari keasyikkan tarian ciptaanku sendiri. Rupa-rupanya hampir setengah jam aku duduk ’memondan’ kat depan kelas menari entah apa-apa. Lain langkah cikgu, selain-lainnya langkah aku. Aku kepenatan. Tidak selesa. Malu pun ada. Dalam 12 orang yang datang ujibakat, tinggal aku dan seorang lagi budak perempuan yang aku kira tidak berapa center otaknya. Dia hanya tersengih-sengih kepadaku.

Dengan muka kubuat-buat tak malu sedangkan aku malu tahap gaban, aku ke belakang kelas lalu mengambil payung dan beg bekalanku. Kemudian aku diam-diam keluar kelas. Langkahku besar meninggalkan perkarangan sekolah lalu ke tepi sungai tempatku berfikir dan termenung selalu. Kemudian aku berkelah seorang diri dengan bekalan yang telah ibuku sediakan.

Hbs...

Wednesday, August 19, 2009

PEDAGOGI BAHASA MELAYU (Pismp BM)

Pemilihan Bahan Kartun Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

MALAYSIA GEMILANG DIPERSADA ANTARABANGSA


WAKIL DARI NEGARA KEMBOJA
NOVAVY SLES (NAWAWI SALLEH)---JUARA
PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Terus ke YOUTUBE (Click Here)



WAKIL DARI NEGARA RUSIA
ALEXANDRA SAMOHVALOVA (KARMILA)
PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Terus ke YOUTUBE (Click Here)


Tuesday, August 18, 2009

KECEMERLANGANPENDIDIKAN ASAS PEMBANGUNAN NEGARA


WAKIL DARI NEGARA BELANDA
SHAVIRA ALAYDRUS (SHAFIRA)
PESERTA PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Terus ke YOUTUBE (Click Here)




WAKIL DARI NEGARA AUSTRALIA
AYLEEN@HANLON (NUR)
PESERTA PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Terus ke YOUTUBE (Click Here)


SEKEPING HATI MILIK AKU

Teringat aku pada satu kisah
Di mana akulah pelakon utamanya
Aku melihat alam disekelilingku
Berpusaran tiada henti
Hingga aku hilang
Melupakan perananku sendiri

Aku berdiri di satu sudut
Menjadi pemerhati sebuah tragedi
Ynag menghapus rasa
Menyentak kesedaranku dari tirai gelap
Lalu aku serahkan hati kecilku
Mengharap... Mengaharap...
Dan terus mengharap
Ada seseorang yang akan membawanya pergi
Hatta mencurinta lari

Kerana aku...
Aku tidak sanggup lagi berdiri di sini
Menjadi tunggul membakar diri
Kesepian... Kesaiktan tanpa pembelaan

Kasihan hatiku...
Ambillah ia... Bawalah pergi
Hati yang kecil...
Sekeping hati yang sepi...
Sekeping hati yang menangis...
Sekeping hati yang luka...
Sekeping hati... MILIKKU...

Tiada berpenghuni....